GOL pemain skuad bola sepak negara, Safawi Rasid ketika Harimau Malaya menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan Rabu lalu disifatkan cukup berkualiti.
Malah bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
“Kalau ikutkan gol itu merupakan satu gol yang cantik dan cukup berkualiti. Kita pun jarang-jarang dapat tengok kualiti teknik yang dipamerkan Safawi, tiga touch cara dia control.
“Dia menyambut bola dengan kaki kanan kemudian menimbang dengan kaki kiri, sambil memusingkan badan sebelum merembat ke gawang lawan dengan kaki kiri.
“Sekiranya ada peluang untuk kita calonkan itulah yang terbaik dan tidak salah untuk kita calonkan kali ini. Andai rezeki Safawi dengan jaringan itu dia boleh jadi pemain kedua dari Malaysia selepas Faiz Subri sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Terdahulu jaringan Safawi ketika membantu Harimau Malaya mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu mendapat perhatian media antarabangsa.
Media antarabangsa laman sesawang bola sepak terkenal, Bleacher Report Football (B/R Football) mencadangkan jaringan gol ketiga minit ke-77 bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.
Menerusi ciapan ringkas di media sosialnya, B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen “Tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas.”
Mengenai sentuhan penyudah pemain berusia 26 tahun itu bersama skuad Harimau Malaya, Akmal Rizal antara pemain tempatan yang pernah berkelana di Eropah pada 1999 percaya kualiti anak jati Dungun, Terengganu itu akan bertambah baik.
Katanya, bukan mudah untuk seseorang pemain tempatan menjadi pemain import bagi saingan liga negara luar.
“Namun apabila Safawi mendapat call up bersama skuad Harimau Malaya dan kemudian membalasnya dengan jaringan cantik sedemikian itu satu motivasi.
“Saya percaya selepas ini confidence level dia lebih tinggi dan bermotivasi untuk menggalas cabaran bersama pasukan kebangsaan.
“Selepas ini apabila Safawi bermain dengan pasukan JDT atau pasukan lain, dia akan lebih matang dan lebih baik berbanding dia sebelum ini,” katanya.
Sebagai rekod, Safawi sebelum ini dipinjamkan JDT ke kelab liga Thailand, Ratchaburi FC, pernah dipinjamkan ke kelab liga Portugal, Portimonense SC pada 2021, berkelana ke Thailand sejak Disember lalu.
Dalam pada itu, Akmal yang kini pengendali skuad Bawah 23 Tahun Penang FC menitipkan nasihat kepada Safawi, “Teruskan jadi yang terbaik jangan berasa terlalu selesa kerana karier ahli sukan profesional ini merupakan satu proses yang berubah-ubah mengikut peredaran masa.
“Tapi saya percaya dalam pasukan JDT, tiada para pemain yang akan merasa selesa kerana setiap pemain perlu bersaing untuk mendapatkan tempat.
“Sekiranya pemain sedikit terleka sememangnya memang tiada tempat dalam pasukan. JDT merupakan tempat terbaik dan sesuai untuk Safawi meningkatkan prestasinya.
“Dia takkan ada masa untuk merasakan dirinya selesa di JDT, kerana saingan di situ cukup sihat dan sengit dan saya percaya dia akan jadi yang terbaik.” - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Pawi meraikan jaringan gol ketiga Harimau Malaya ketika berdepan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu. - Foto Facebook FAM
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.
Muay Thai: Johan Ghazali fikir nak menang, bukan ganjaran
Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia lawat Malaysia pada Selasa
Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa.
AWANI Borneo [03/06/2024] – Hari Keputeraan #agongkita | Pelan induk saliran mesra alam
AWANI Borneo 3 Jun 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
- #AgongKita : Sultan Ibrahim bersantap Nasi Lemak Wanjo
- Malaysia tekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam
- Kaji data miskin tegar Sabah berbanding Semenanjung - Shafie
- #AgongKita : Sultan Ibrahim bersantap Nasi Lemak Wanjo
- Malaysia tekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam
- Kaji data miskin tegar Sabah berbanding Semenanjung - Shafie
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.
Kaji data jurang pendapatan dan kemudahan di Sabah - Shafie
Presiden parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan penelitian semula terhadap data miskin tegar di Sabah perlu dilakukan berdasarkan jurang pendapatan dan kemudahan asas yang ketara di antara negeri tersebut dan semenanjung.
Tarik minat pelajar lepasan SPM isi kekurangan
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di Sarawak disaran memilih jurusan kejururawatan bagi mengisi kekurangan profesion tersebut.
Penglibatan komuniti penting bagi kelestarian Sarawak
Penglibatan semua lapisan komuniti dalam menjaga dan memelihara ekosistem Geopark adalah amat penting melestarikan sesebuah kawasan terpelihara.
Malaysia tekan penerapan pelan induk saliran mesra alam
Malaysia menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menengani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan bandar tahan bencana.
Imigresen tahan enam warga Rohingya disyaki terlibat seludup manusia
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas di sekitar Kota Bharu.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.